Berita & Aktiviti Terkini
ARTICLE 3
To display recent posts via labels, make sure your have at least 3 posts published under a specific label with proper images uploaded by yourself from your hard drive. Note: Images used in the post from other sources might make this feature to not work the way you are wanting.
ARTICLE 2
To display recent posts via labels, make sure your have at least 3 posts published under a specific label with proper images uploaded by yourself from your hard drive. Note: Images used in the post from other sources might make this feature to not work the way you are wanting.
BELIA PERLU PEKA ISU ANTARABANGSA
BERBICARA mengenai politik antarabangsa perlukan suatu keazaman kuat dan teknikaliti pembacaan sumber yang banyak. Ia dianggap topik membosankan untuk dibincang dan tidak menarik minat anak muda berdiskusi serta bercakap mengenainya.
Perkara ini beri kesan ketara untuk anak muda masa kini yang lebih suka membaca hal berkaitan hiburan dan berita bersifat sensasi daripada cuba memahami hal ehwal dunia hari ini atas alasan ia hanya perlu diambil tahu orang tertentu sahaja.
Faktor pemangkin seperti cara penyampaian yang tidak kompleks terhadap isu ini mungkin boleh jadi permulaan dalam membentuk minat anak muda dan belia terhadap isu global. Mungkin yang perlu ialah medium penyampaian bersifat santai dan tidak berat.
Kita perlukan anak muda yang mampu jadi pencetus idea dalam membuka laluan perbincangan dalam perkongsian ringan berkaitan sejarah dan kisah terkenal pada masa lampau. Sebagai contoh, melalui pengalaman saya di kuliah dan perbincangan, ramai kawan akan memberi maklum balas jika berbual kisah sejarah seperti Perang Dunia Pertama, bagaimana ia tercetus dan penyelesaiannya.
Tiada pemangkin
Apa yang saya perhatikan, mereka beri tumpuan baik dan sering bertanya untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Justeru, boleh kita simpulkan bahawa anak muda ada minat dan kesungguhan mengetahui isu berkaitan hal ehwal antarabangsa akan tetapi tiada pemangkin yang mendorong mereka mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam.
Ingin saya cadangkan supaya kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan, agensi atau pertubuhan bukan kerajaan yang relevan mempergiat program belia membincangkan kepentingan isu antarabangsa dalam kalangan anak muda atau mengadakan program khusus untuk memberi latihan melahirkan ikon belia yang berfungsi sebagai faktor pemangkin dalam menarik anak muda untuk mengetahui hal ehwal perjalanan dunia hari ini.
Isu hubungan antarabangsa babit sentimen dan persepsi berbeza, perlu dikupas daripada pelbagai perspektif. Sebagai contoh, sejarah Perang Dunia Pertama dan Kedua mengakibatkan banyak kemusnahan yang bawa kerugian kepada manusia.
Perang Dunia Pertama dan Kedua berakhir dengan resolusi pelbagai negara hingga terbentuk Liga Bangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perang dunia dilihat sebagai asas dalam membentuk komuniti masyarakat dunia pada hari ini. Pelbagai perjanjian keamanan dan pembentukan perikatan antara negara diwujudkan yang mempengaruhi pembentukan polisi kerajaan setiap negara.
Sifat ambil tahu, suka bertanya
Tidak ramai belia ambil kisah perkembangan serantau hari ini. Ini wajar diberi penekanan kerana isu politik global perlu diambil sebagai satu subjek untuk dibincangkan, terutama mahasiswa kerana ia beri kesan dalam pembentukan polisi negara dan pembangunan ekonomi sesebuah wilayah.
Sifat ambil tahu dan suka bertanya perlu kita pupuk dalam kalangan belia, terutama dalam melahirkan insan yang mampu bercakap soal kedaulatan negara dalam konteks antarabangsa, selain hubungan diplomasi serantau dan isu berkaitan jaringan global dalam usaha pengisian mendalam terhadap isu kritikal seperti hal ehwal ASEAN, dasar politik serta ekonomi jiran dan hubungan kita dengan kuasa dominan dunia.
Belia perlu diberi pendedahan hal ehwal semasa meliputi isu global seperti hubungan dingin di antara China dan Amerika Syarikat, usaha menguasai Asia Tenggara dan isu ASEAN seperti hak asasi manusia yang mula jadi sebutan selepas krisis Rohingya di Myanmar dan juga isu lain.
Anak muda yang mahu membentuk sebuah negara bangsa perlu ambil tahu hal ehwal semasa di sekeliling sama ada membabitkan ekonomi, politik dan budaya. Bersama-sama kita jadi pemikir untuk memperkasa dan memperkuat negara.
Penulis : Idi Amin Zainuddin
Penulis ialah Pelajar Tahun Akhir Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
[Seperti yang diterbit di dalam akhbar BERITA HARIAN bertarikh 7 Mei 2016]
Kunjungan Hormat ASPAA & FSPPP ke Pejabat Menteri di JPM (Perpaduan)
Satu sesi kunjungan hormat ke atas YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara & Integrasi Nasional) telah diadakan bagi menyampaikan Watikah Pelantikan Penaung Kehormat ASPAA kepada YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup yang merupakan salah seorang alumni DPA ITM yang tersohor. Watikah pelantikan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Hajah Posiah Md Isa, Penasihat ASPAA.
Popular Posts
-
REMBAU 11 Jan. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau di sini yang telah memulakan operasinya dijangka mampu menampung serama...
-
Berita harian, RABU, 11 JANUARI 2017 @ 2:46 PM KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, meninggal dunia akibat kompl...
-
Satu sesi kunjungan hormat ke atas YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara & Integrasi Nasional) telah diadakan bagi m...
-
BERBICARA mengenai politik antarabangsa perlukan suatu keazaman kuat dan teknikaliti pembacaan sumber yang banyak. Ia dianggap topik mem...
-
SEREMBAN, 21 April 2017 - Sebuah program kemasyarakatan berjaya dilaksana oleh ASPAA bersama-sama warga Fakulti Sains Pentadbiran ...
-
Jawatankuasa Eksekutif ASPAA merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat negeri Sarawak di atas pemergian YAB Ketua Menteri Datuk P...
-
SEREMBAN, 21 April 2017 - Persatuan Alumni Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Se-Malaysia (ASPAA) telah berjaya mengadakan ...
-
To display recent posts via labels, make sure your have at least 3 posts published under a specific label with proper images uploaded by ...
-
To display recent posts via labels, make sure your have at least 3 posts published under a specific label with proper images uploaded by ...
-
SEREMBAN, 9 Mei 2017 - YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan Said, Naib Canselor UiTM telah mengadakan lawatan kerja ke Fak...